April 20, 2011

Kek Pisang pulak!

salam..
harini aku wat kek pisang...senang je nk wat
and aku pakai respi kek oren je...yg kat bwh ni
sng sgt..prepare dlm 20 minit da siap da..
bakar 40 mint..mkn!!

aku siap hias2 ngn pisang lg..
nnt aku tunjukkan pic ok!
ha pisang gorang..eh kek pisang panas ni...=p


hurm...ats dia lmbab and dlm cam kek pisang..siap ade raisin lg..

huhu...saje tgkp byk2..=p

dr tepi....nmpkla kismis kan2...

ha...tu jela....kalo nak wat pakai respi kek oren bwh tu je
then tukar pada 4 biji pisang berangan..
pisang pape yg manisla ok...buang biji kalo ade
jgn amik yg kelat nnt xsedap
huhuu...
silalah cube..sng sgt....k daa

p/s: mak saya suke..so sy happy! ^^


sory blog...

haha..skali lg ko ditukar alamat url
maafkan i yee~~~ =)
sbb ade yg xbes plak bile aku bukk..
xpe nnt bgtau sape yg patut..huhu..

japgi nak cte..nex en3 ok! =p

ps: love ya

April 18, 2011

membaca utk menambahkan ilmu~

Memahami Maratib Amal dan Nama Allah
http://www.iluvislam.com/
Firdaus Rahim
diambil oleh: Masyitah az-zahra

Mungkin ramai yang pernah mendengar mengenai maratib (ketertiban) amal, dan mungkin juga ada yang tidak pernah lansung mendengar mengenainya. Semoga yang tidak pernah mendengar, ini disebabkan oleh anda belum berpeluang mendengar, dan bukanlah kerana sindrom ''aku tidak pedulisme''
1. Individu Islam

2. Keluarga Islam

3. Masyarakat Islam

4. Kerajaan Islam

5. Negara Islam

6. Khilafah Islam

7. Kuasa dunia


Turutan maratib amal memperjelaskan kepada kita akan keutamaan di dalam melaksanakan amal. Sebelum itu, mari kita dengar sebuah kisah...


Ada orang....

Dia selalu membaca kisah-kisah pergolakan di seluruh dunia. Penindasan yang berlaku di Palestin dan selatan Thailand, begitu juga kekejaman di beberapa wilayah di China, dan peperangan yang berlaku di Darfur, Bosnia dan Ambon. Ini belum dicampurkan lagi dengan malapetaka yang melanda seperti ''the great Tsunami wave'' yang berlaku di Acheh dan gempa yang mengorbankan begitu banyak sekali nyawa di serata dunia.

Terlalu banyak pembacaan dan mengambil tahu hal ehwal serata dunia menyebabkan individu ini merasa tertekan dan marah kepada diri sendiri, lantaran kelemahan dan ketidak mampuan diri untuk membantu semua situasi yang disebutkan di atas.
Lantas penting untuk individu ini memahami perbezaan di antara ''sphere of concern'' dan ''sphere of influence'', untuk menjadikan kita lebih bijaksana dan berhikmah dalam tindakan dan amalan. Individu yang bijak akan mengenalpasti ruang lingkup sphere of influence nya terlebih dahulu daripada risau akan segala concern yang tidak mampu diselesaikan. Kita perlu menilai semua concern yang ada, dan berlepas daripada titik mula yang anda paling mampu mengubahnya. Dan 'ajaib'nya, anda paling berkuasa ke atas perubahan diri anda!!


Isu Kalimah Allah

Di kala isu pengunaan nama Allah sedang hebat diperbincangkan di tanah air pada saat penulisan ini dikarang, mari kita melihat beberapa perspektif positif yang menarik untuk direnungkan:


Yang menganjak paradigma

1. Ada persatuan pelajar di dalam dan luar negara yang amat sukar untuk menganjurkan program yang bercorak keagamaan dan yang ada 'Allah' disebut di dalamnya, dengan alasan, kita kena berlaku adil. Namun isu ini telah membawa paradigma baru. Siapa kata program yang ada 'Allah' disebut di dalamnya hanya untuk Muslim?

2. Lawatan tokoh agama seperti Tuan Guru Nik Aziz ke gereja dan bertemu serta memberikan sumbangan kepada paderi katholik mungkin telah menyebabkan golongan-golongan tertentu terlompat daripada kerusi mereka. ''Aik, sheikh berserban pun datang melawat gereja?'' Bukan salah mereka, maafkan mereka kerana mungkin mereka kurang mengerti kerana suasana sebegitu yang wujud dalam masyarakat kita di Malaysia. Rupanya Islam sangat rapat dengan geng Kristian.

Sebagaimana Allah berfirman di dalam surah 5, ayat 82;

And you will find that the closest people in friendship to the believers are those who say, "We are Christian." This is because they have priests and monks among them, and they are not arrogant

3. Aplikasi maratib amal.

i) Individu: Di situasi sebegini, kita boleh menilai kembali (post mortem atau muhasabah) sphere or influence kita. Sedang kita sibuk-sibuk mengatakan wajar atau tidak nama Allah digunakan oleh yang bukan Islam, di manakah sebenarnya letaknya Allah di dalam diri kita? Analoginya, ada orang yang suka beli buku, tapi tak baca. Kalau orang nak pinjam, dia kedekut, dan barulah terhegeh-hegeh nak baca dan berkata ''boleh aku baca dulu buku ni?''. Tapi akhirnya buku itu terbiar diselaputi habuk di rak buku. Contoh termudah yang boleh kita tanya kepada diri, awalkah solat lima waktu kita?

ii) Keluarga & masyarakat: Kepada para professional dan barisan pelajar yang bakal menjadi tenaga professional yang sewajarnya lebih matang dalam mengawal emosi, dan perlu menggunakan peluang ini untuk menerangkan kepada masyarakat yang terkadang-kadang gagal mengawal emosi. ''Banyakkan menerang, bukan menyerang', kata Tuan Guru Hadi Awang. Antara yang boleh anda lakukan ialah;

- Jika kaum keluarga anda antara yang 'mengamuk' dalam isu ini, telefon keluarga di tanah air dan katalah; ''Ala, rileks lah Pak Anjang Bote, kalau kita dok gaduh ni, Islam pun tak ajar''

- Tulis surat kepada sekolah rendah dan sekolah menengah anda dahulu, dan tujukan kepada para pelajar dan guru-guru akan kepentingan untuk ada prinsip Islam yang tegas namun penuh hormat dan toleransi kepada bukan Islam. Kata-kata anda pastinya ada pemberat yang tersendiri.


- jadikan kesempatan ini untuk dijadikan 'modal' bercerita kepada rakan-rakan yang bukan Islam yang INGIN TAHU berkenaan Islam. Kesian kat depa ni...


iii) Negara & pemerintahan: Perjelas dan jernihkan fikrah dan kefahaman kita. Ada hikmahnya kenapa Allah menjadi pelbagai situasi dan keadaan, untuk kita mengambil ibrah dan pelajaran. Apabila isu ini ditimbulkan, ada yang marah, namun sekian lama HUKUM ALLAH diabaikan, kenapa kita 'buat dek' dan seolah-olah tidak tahu menahu? (I don't give a damn!!)


Jangan kaku

Jangan pula kita mengatakan ''aku belum mampu'' dan mengecilkan sphere of influence kita. Analoginya, kita mesti basuh tangan sebelum makan, namun jangan pula kita basuh tangan sahaja dan tak makan-makan. Daripada sudut lain, boleh sahaja kita makan tanpa basuh tangan, namun itu tidak hygienik dan lama-kelamaan akan membawa kemudaratan. Justeru, hendaklah kita sedar proses basuh tangan dan kemudian makan adalah satu proses berterusan yang tak ada penghujungnya. Mari kita belajar daripada Nabi Allah Ibrahim a.s. yang 'mencari' tuhannya, dan kemudian terjun bertemu dengan masyarakatnya walaupun 'gagal' menyakinkan ayahnya sendiri untuk kembali kepada ajaran Islam.
Jangan jadi semut

Akhir kata, janganlah kita sebagai ummat Islam menjadi laksana kumpulan semut di sebuah busut. Apabila dilontarkan sesuatu yang menimpa, semuanya lari bertempiaran dan berlanggaran sesama sendiri dan hilang arah tuju. Apabila ummat Islam dilontarkan sesuatu isu, semuanya gelabah dan hilang daya rasional. Mari kita mainkan peranan dan influence yang ada di dalam diri masing-masing demi kesejahteraan seluruh dunia.
--------------------------------------------------------------------------------
*Firdaus Rahim merupakan salah seorang co-founder iluvislam.com dan kini menuntut ilmu di University of Nottingham dalam bidang perubatan.

cerita kite~~

ha ni nak cte psl last week...
kitrg sefamily pg beli baju raye~~
wiiiii...byk aku beli....4 psang..haha
tp 2 je ala2 cam lawa skit..lg 1 tu murah je..
rm10 semeter..murahla kan..hihih
pastu ade 2 kain free lak sbb beli byk...
yela campur baju budak2 laki n ayah lg..
mmg byk...^^
jd mama amk satu aku satu...hoho
tema tahun ni.... turquoise color..=)
cantik...aku beli kain yg same jgk ngn ayh wat jubah
bole la tahan...hihih...seronok nk raye tp pose xbis ganti lg
adeh...insyallah nnt aku ganti ek..
huhuhu...

dah balik dr jakel pg masjid kg baru laks
solat and makan kat sane...sedap2 la jgk
then ayah ade singgah kedai buah ni...huhu..
tukang jage kedai xde...pastu ayh buat cam kedai sndr
sbb jiran stall tu suh eat sndr...dia sibuk..huhu
ayh pun potong buah sndr...
amik asm buh sndr..
dah mcm tukang jual...huhu
jap nk tunjuk pic....
*
*
*
betungkus lumus potong buah....huhu..kitrg order je=p

huhu...suke bangat smpi amik byk2...sbb nk potong^^

byr sndr...tuan xde (buahnye murah je 70sen) mane nk dpt...=)

ha...bestkan..cam tukang jual je...=)
okla...kitrg main game td...aku dpt no2..
edah no 3..amar no1...
sabo jela...^^
monopoly skarg da canggih...ade credit card je...ish2...
tp mmg best sbb xpyh pakai duit2 da...suke2
ni ade gmbr jgk..hahaa
*
*

huhu....

okla...takat ni dulu...nk tdo~

p/s: nyteee~~~


April 17, 2011

my fellow frens~~~

assalamualaikum...

^^,)v since i da publish blog ni kat korg..
silalah terime i dgn hati terbuka ek...
blog ni dah lame ade..
lame sgt da tp aku ske berjalan dgn senyap..haha..
mksudnye aku ni pg senyap2 je melawat blog org..
aku mmg suke bace blog..
tulis blog bile bosan..
bace blog bile sedih..
esp blog2 mknn...serius aku suke tgk blog2 camtu
and kalo korg da masuk blog ni
korg akn tau byk benda psl aku
hihi..sbb aku suke crite ngn blog...
sorry sbb senyap je b4 ni...harap korg xkesah...hihi...

lastly, thanx!!!!
terima kasih sgt2 sbb sudi tgk blog saya~~
love you all...seriusla...love ya!

p/s: sy serba kekurangan... terima saya seadanya ye...=)

kek oren!!

selepas tgk je respi kek oren aritu...
kali ni aku try wat lak..sedap2..
mmg sedap...
huhu=)

korg kena try sbb sgt simple..tau! =) hihihi...
nnt aku bg respi...
trun temurun dr org kat iternet ni..
aku mule2 amik dr cousin aku...olyn lg..hehee
dia pun ambik dr org lain...so aku famouskan olyn je la ek...
huhuhu=) hi dear! =p

ok ni pic dia yg baru je aku tgkp..
baru siap mskla katekan...=)

huhu.. simple je kan..
aku mmg mls nk wat ising pape kat ats..
bhn2 pun sekadar kek je ade
hahaha.. sbb xbeli papepun... amik ape yg ade je kat dapur..
nasib baik sng...simple je respi..
aku mmg ske yg simple2 je...xde penat2 nk pk...
hahaa...ok...ni respi nye....

BAHAN :

Buah limau (jgn kupas kulit/ buang biji)
Minyak 1cawan
Gula halus 2cawan ~ guna 1cawan da cukup, manis2 buah
Telur 3biji
Tepung gandum 2cawan*
Baking powder 1sudu teh* (*diayak bersama)

First, cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam blender bersama + minyak + gula + telur dan kisar hingga halus. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris. Bakar pada suhu 170C/ Gas Mark 3 selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.

siap!!!
ok ade pic2 td aku nk letak jgk...
gmbr xcantik sgt sbb pakai hp je..huhu..so jgn la mara ek..=p

waktu da campurkan bahan2 ngn tepung...

close up skit...hihi

keluar avon je da mkn...xdan nk kate ape2...huhu


p/s: seronok lg......^^

cuti datang lagi~~~

huhu...seronoknyee~~~
da cuti semester da...3 minggu lg..hahaha
suke2....aku nk wat respi sedap2 kali ni..mesti wat!!
hehe...last week aku wat lg kek coklat aku tuh..
yg amik respi dr fah slps dia wat kek tu utk hadiah time kawin.
sedap gileeee time tuh...=)) aku amik 2...haha... shh.....=p

kali ni aku nak gtau respi dia... senang sgt~~~
*
*
*
Bahan2 nye:

*serbuk koko secawan
*gula secawan
*tepung secawan
*baking powder 1 sudu kecil
*soda bikarbonat 1 sudu kecil
*esen vanila 1 sudu kecil
*nescafe 1 sudu kecil
susu pekat secawan
telur 3 biji
minyak secawan
air panas secawan

cara2nye:

gaulkan bahan2 bertanda ( * )dalam satu mangkuk..
(semua bahan kering). kemudian masukkan telur satu-satu.
pastu masukkan susu pekat kacau sebati...
pastu minyak pulak...kacau sungguh2 sampai semua sebati..
jgn bg minyak terapung...nnt xsedap...

then, ewah...=) masukkan air yang betul2 panas tau.
bg dia sebati ngn minyak tu...kacau2 jgn xkacau...=p
dah siap masukkan dlm bekas utk kukus..
bakar pun boleh tp aku prefer kukus..sedap skit...hihih
kukus dlm 20-30 minit..agak2 la ek...
cucuk2 sampai xlekat oklah tuh..
then siap~~ sedap~~~

utk topping laks...
wat double boiler. masukkan coklat bar, susu pekat and planta skit
minyak pn bole jgk...agak2 same byk je coklat ngn susu..
then tuang ats kek...siap jgk...=)
*
*
hasilnye~~


mmg comot kek ni...design plak dr adik2 aku yg laki ni..
mcm ni la rupenye...huhu...
comot2 pun sedap!! habis je...coklat moisee sgt ni~~


 satu lg...huhu...
layankan ajela ek...
anywy tok aku n makcik2 kat kg pn suke
hahaha..senang kan! =)
k nnt aku bg kek lain laks ok!


p/s: suke btul dpt bg respi ni!


April 8, 2011

RESEPI ayam madu....

resepi ayam madu ni aku amik dr dapur tanpa sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan
2 camca besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas
1 camca besar cincangan halia
1 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap
1 camca besar sos cili
7 - 8 camca besar madu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan...

nk wat blog masakan!

cita2 aku nk wat blog masakan..
sbb aku suke...makan!

spt yg aku tulis b4 ni...
aku ske tgk cte msak2...kat astro 703 and 707...
hihihi^^ ade chef wan pn aku layan...hihi

ok! nnt tunggu recipe2 baru dr aku ok..


p/s: SANGAT TERUJA!!

nak memasak!

hahaha...aku ske tgk en3 org psl mskn..
tgk channel mskn...
and yg aku selalunye buat adlh salin dan simpan
jarang2 aku wat..sbb payah nk dptkan bahan..huhuhu
sbb yela nak beli pn payah..=)
hihi..mls pun ade jgk.. so, pas aku tgk beberapa n3 dr beberapa org
termasuk cousin jauh aku yg skang mmg jauh,di uk
huhu...olyn...
adela dpt beberapa respi yg sedap..
skang aku save satu recipe ok..utk masa depan nak wat senang...


CHOCOLATE CHUNK MUFFINS 
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2nya:
6 sudu besar butter
4oz (112gm) bittersweet chocolate-cincang (k.nor guna cooking choc biasa)
2 cawan tepung gandum *
1/3 cawan serbuk koko *
1 sudu besar baking powder *
1/2 sudu teh baking soda * (*diayak)
1/2 sudu teh garam
2/3 cawan gula castor
1 1/4 cawan buttermilk/sour cream
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
coklat chips dan almond nibs secukupnya ~ utk taburan

Dlm periuk kecil masukkan butter & 1/2 dr coklat, cairkan & ketepikan.
Dlm mangkuk besar campurkan semua bahan kering, kemudian masukkan telur, sour cream atau buttermilk & vanilla kacau rata.
Masukkan coklat cair & lebihan coklat yg dicincang td dan gaul hingga sebati. (jgn overmix)
Tak perlu risau kalu ada lump2 sikit. masukkan dlm muffin pan.
Bakar dlm oven yg suhunya 180C selama 20-25 min

* cara menghasilkan homemade buttermilk:
1 cawan susu segar + 1 sudu besar jus lemon/cuka
kacau2 dan biarkan dlm 10 - 15 minit baru lah digunakan..
** buttermilk juga boleh disubkan kepada yogurt
SIAP!!

serius aku akn buat nnt=) jgn risau!! and hasil dr olyn tu mmg sedap..
layan...^^

ps: xsaba2!!

sampai sudah~~

akhirnya aku dah ade kat umah...
esok aku nk pg beli baju raye~~
itula yg mama kate..so xtaula jd ke x..
anywy happy dulu... yeay!! =)
hihihi..

teringin nak pg tgk ank fifah ni..tasneem..
tp xsempat2 lg nak pg..sedih lak aku.. xde kwn nk pg..
uwaaa~~~ ='(
tp xpe..nnt aku akn usha sape2 nk teman aku pg.. 
mesti pg!!! =)) (happy!)

aku ade lag satu paper ni...15hb apr..
tp mls bace buku tul..kat umah nk bace buku.. 
alamatnye tdo la.. 
so aku da decide nak balik 10hb, ahad...
kalo x abisla paper aku tuh...duk umah asyik tgk tv je..
xpun layan cte.. mmg xde perasaan study kat umah ni..
huhuhu..sbb suanana nya xmembantu~~
lgpun sumer org da cuti( edah and amar) so umah ni agak riuh..
ramai~~~ hihihi.. so mmg mood nak bejalan jela kejenye!! 

okla..aku nk solat n lunch.. mama da masak..
aku nak masak xsempat2 lg..hihi
bgn lewat ade hati nk mask..ceit! =p
xpe2..nnt aku msk special punye...jgn jeles sudah...
smlm dpt mkn durian.. request suh ayh beli
sedapnye!!!! dpt mkn pulut lg... sedap!=)

k takat ni jela... 
nnt gue smbg lg ek...
daaa~~~

ps: nk pg mkn durian lg! =p

April 6, 2011

yeye....tinggal 1 paper jeee=)

salam satu malaysia...
huhuhu....ape kes? =p

td paper methods da'wah..alhamdulillah senang je...
and aku ade gap 10hari utk next paper; 15 apr..
sabo jela..^^
tp arini aku bosan sgt daaa..
sgt2 bosan ni xtau nak watpe.
ajak kuar sorg pun xde... 
masing2 sibuk...ade yg xnk kua pastu kuar ngn org lain lak
camtu pun ade...sabo jela aku!
=) tp ati mesti kena tenang..kena sabo byk2..
bia jela kat org..aku ade tenet ni pun da syukur..alhamdulillah
ade jgk peneman aku..hohoho..

okla..nnt esok aku balik..da siap kemas brg da ni..
hehee...nk agkt esok and pulang^^ besnye
pastu nk beli baju raye laks...wa,..mantap!
ok doki~~ balik aku update lg ek...
daaa~~~

p/s: nak balik try resepi dr mama olyn tuh=)

April 1, 2011

aku dan peperiksaan!

periksa...
td aku ade paper RM1...ok sudah~
smlm paper development sgt susah...sgt2...
tensionlak aku...uhuk2...=( 
aku jwb salah and salah..xtaula dpt pe
jgn fail sudah...=p

arini dpt cte running man ep30....wah..
nk cover balik kesedihan ni....huhu
okla..sini ramai org..
kt cafe...nnt aku update lg ek=)


ps: benci org yg asyik nak bangkang je aku ckp.. ko btul sgt ke?
hangin~~~ =p